Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt..
Disini saya ada beberapa pertanyaan..
Hukum berkenaan dapat duit main game online yang mana game tersebut ada keluar macam2 iklan termasuk iklan judi dan arak. Walaupun pengguna tak main game judi hanya game puzzle dan lain2.. Soalan saya apakah haram guna duit tersebut walaupun tak terlibat dengan judi secara langsung? apakah ini termasuk dalam redha dengan maksiat kalau terus bermain aplikasi tersebut? mohon penjelasan.
Jawapan
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 219:
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya".
Secara amnya, dalam Islam judi termasuk dosa besar dan ianya adalah haram. Umat Islam perlu berhati-hati dengan permainan dalam talian (online game) yang semakin licik memperdaya sehingga sukar untuk membezakan elemen-elemen yang dilarang di dalam syariat. Jika seseorang sekadar bermain game biasa dan iklan judi atau arak hanya muncul tanpa dia klik, kongsi atau berinteraksi dengannya, maka perkara itu tidak sampai kepada hukum haram. Namun sebaliknya ia menjadi haram dalam situasi berikut:
Oleh itu sebagai kesimpulannya, permainan dalam talian mungkin kelihatan sekadar hiburan, namun tetapi setiap klik dan penyertaan yang dibuat akan dinilai oleh Allah SWT dosa dan pahalanya. Apabila wujud unsur maksiat dalam sesuatu permainan sama ada secara langsung atau tidak langsung maka menjadi tanggungjawab individu Muslim untuk menjauhinya, mencari alternatif yang lebih bersih, dan tidak terus menyumbang kepada sistem yang menguntungkan pihak yang mempromosikan judi serta arak. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Sekian, terima kasih