BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum panel,

Soalan saya, suami ada melafazkan taklik untuk menghentikan pergaduhan kami. Antara taklik nya agak panjang tapi kamu berdua takingat dah sbb dah beberapa tahun sebelumnya. Pada semalam, suami tengah membalas mesej perempuan (bekas tunang). Kami takut taklik yang suami sebut dulu tu ada termasuk membalas mesej perempuan2 yang saya taksuka. 
 

Persoalan saya, adakah jatuh talak pada saya. Dimana kami dua dua takingat takliq tersebut. Apa perlu saya buat? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan dia atas, dalam situasi sepertimana yang telah diterangkan ini, bermaksud puan dan suami berada dalam keadaan tidak pasti dan tidak ingat kandungan taklik yang dilafazkan oleh suami puan. Oleh yang demikian, mengikut hukum syarak ia kembali kepada hukum asal iaitu tidak wujud lafaz yang mengandungi kenyataan itu atau tidak jatuh talak dan puan serta suami hendaklah meninggalkan keraguan. Ini kerana kaedah fiqh menyebut:

الْأَصْلُ بَقَاءُ مَا كَانَ عَلَى مَا كَانَ والْيَقِينُ لَا يَزُولُ بِالشَّكِّ

Yang bermaksud : Asal (hukum) sesuatu perkara adalah kekal mengikut keadaan sebelumnya dan perkara yang sudah diyakini tidak boleh dihilangkan oleh keraguan. 

Justeru, sebagai pengajaran dan nasihat bersama, sebagai suami isteri hendaklah peka dan perihatin terhadap sebarang tindakan, ucapan atau perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan berumahtangga, lebih-lebih lagi dalam bab yang berkaitan dengan perceraian. Setiap ungkapan yang ada kaitan dengan talak atau cerai perlu diingat dan dipastikan kesahihannya kerana ia akan melibatkan hukum syarak yang boleh menyebabkan terputusnya hubungan suami isteri dan sebagainya. Sentiasalah menghadiri majlis ilmu dan rujuklah para ulama agar menemui jalan keluar dari setiap masalah atau pertanyaan hukum yang dihadapi.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image