BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam,

Pada awalnya saya ada rumah dan khemah yang disewakan kepada umum. Selepas dibuat pecah lot tanah, rumah dan khemah itu berada di dalam tanah kerajaan. Soalannya adakah saya boleh mengambil sewa rumah dan khemah itu lagi kerana tapak tanah rumah dan khemah itu bukan milik saya lagi. Apakah hukumnya jika saya mengambil sewa lagi rumah dan khemah itu jika tapak rumah dan khemah itu bukan milik saya. 

Harap mendapat maklumbalas daripada pihak tuan secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

 

Zainal Abidin bin Husain

0126957927


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Membuat binaan di atas tanah kerajaan adalah sesuatu yang dilarang dan boleh mengundang dosa kerana melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Ulil amri. Hal ini dianggap sebagai suatu bentuk pencerobohan ke atas hak milik awam, iaitu menggunakan atau memanfaatkan harta kerajaan tanpa keizinan yang sah. Memandangkan ianya adalah suatu kesalahan dari sudut undang-undang dan syarak maka hasil yang diterima termasuk di dalam harta yang tidak patuh syariah.

Sehubungan itu, sebaik-baiknya pemilik bangunan atau khemah yang didirikan di atas tanah kerajaan hendaklah segera mendapatkan kebenaran secara rasmi daripada pihak berkuasa yang berkaitan sama ada dalam bentuk lesen sementara (contohnya TOL – Temporary Occupation License) atau lain-lain bentuk kebenaran guna tanah.

Justeru, amatlah wajar untuk mendapatkan kebenaran rasmi daripada pihak berkuasa agar urusan sewaan tersebut menjadi sah di sisi undang-undang, halal di sisi syarak dan semoga mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 19

message user image