Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya bermain sebuah mobile game bernama 'Love and Deep Space' sudah setahun. Permainan ini merupakan permainan jenis 'gacha', di mana pemain perlu menggunakan 'wish tickets' untuk melakukan 'pull' bagi mendapatkan 'limited memory 5 star' untuk character - character dalam permainan tersebut.
Permainan ini menggunakan sistem 'guarantee' (jaminan) yang berfungsi seperti berikut:
1. Pemain mempunyai 50% peluang untuk mendapatkan 'rate-up memory' pada 'pull' ke-70.
2. Jika gagal mendapatkan 'rate-up memory' pada percubaan pertama ('missed 50/50'), 'pull' '5-star' seterusnya akan dijamin menghasilkan 'rate-up memory'.
Saya tidak membeli 'wish tickets' secara langsung. Sebaliknya, saya membayar untuk 'Aurumn Pass' setiap bulan. Pass ini mengandungi 'diamonds' (yang boleh ditukar kepada 'wish tickets') dan pelbagai sumber (resources) lain.
Soalan saya ialah:
1. Adakah ini dikira sebagai judi, walaupun saya menerima barang-barang seperti 'diamonds' dan 'resources' lain yang telah saya bayar?
2. Adakah penggunaan duit (pembelian wish tickets) dalam permainan ini tetap haram, walaupun permainan ini menggunakan sistem 'guarantee'?
Jawapan
Permainan mobile game secara asasnya adalah harus selagimana tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam seperti perjudian dan gharar (ketidakpastian). Merujuk kepada persoalan dan huraian mengenai permainan ini, terdapat beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan dari perspektif Syarak, iaitu:
(1) Menerima barang seperti ‘diamonds’ dan ‘resources’ lain
Jika membayar ‘aurumn pass’ untuk mendapatkan barang tertentu seperti ‘diamond’ atau ‘resources’ lain, pembayaran tersebut boleh dianggap seperti membeli pek item dalam permainan, iaitu kandungannya jelas, dijamin dan tidak bergantung kepada nasib, ia tidak dianggap judi dan sah dari sudut jual beli biasa. Namun begitu, pemain perlu menggunakan ‘wish tickets’ untuk melakukan ‘pull’ yang mana hasilnya adalah rawak dan bergantung kepada nasib. Perkara ini menyebabkan adanya unsur gharar (ketidakpastian) dan maysir (pertaruhan sama ada akan menang atau rugi) kerana tidak diketahui siapa yang berjaya dapat. Kemungkinan juga akan mendapat item rendah (kerugian nilai) yang menunjukkan unsur mencuba nasib yang jelas iaitu suatu perbuatan yang diharamkan dalam Islam
(2) Permainan ini menggunakan sistem ‘guarantee’ seperti yang dijelaskan dalam soalan tidak menafikan unsur perjudian secara asas, namun hasilnya masih tidak pasti pada setiap percubaan yang dilakukan sebelum jaminan itu dicapai. Perkara ini menjadikan ia tidak mendapat sesuatu yang diingini yang boleh membawa kepada unsur perjudian.
Adalah sebaiknya dielakkan permainan yang mempunyai unsur-unsur tersebut di samping mengelak daripada berlakunya ketagihan untuk mendapatkan ‘wish tickets’ sehingga boleh merugikan wang dan masa seseorang.
Beberapa garis panduan telah ditetapkan dalam kitab Fiqh al-Manhaji sebagai penentuan hukum sesuatu hiburan permainan video, game online dan sebagainya seperti berikut:
Sekian, terima kasih.