BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum..bapa sy menikah dengan ibu di siam pada 24 ogos 1990..sy lahir pada 5 januari 1991..bapa sy tak daftar perkhawinan di malaysia..ibu sy adalah isteri ketiga..*soalan pertama adakah sy anak sah taraf* jika sy x sah taraf ape kat batas sy dengan adek beradik sy yg sah taraf..adek beradik ibu pertama kedua dan ke empat..adakah sy wali adek beradik perempuan ketiga2 ibu tu..

adakah sy termasok dlm faraid harta bapa sy..

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Berkaitan anak tak sah taraf di Malaysia ada dua keadaan, iaitu:

  1. Perkahwinan yang tidak didaftarkan disebabkan perkahwinan yang berlaku di luar negara sebagaimana kes ini. Apabila nikah tidak berdaftar, tidak ada rekod perkahwinan dalam sistem perkahwinan Malaysia. Kesannya, pendaftaran anak tidak dapat dilengkapkan dan pada kebanyakkan pendaftaran anak diletakkan dalam status TIDAK SAH TARAF sehinggalah isu pernikahan ibu ayah diselesaikan pendaftarannya.
  2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 (“Muzakarah Fatwa Kebangsaan”) telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf dan memutuskan seperti berikut:

        a. Anak Tak Sah Taraf ialah anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

        b. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

Berdasarkan situasi tuan, ada baiknya pernikahan didaftarkan dengan segera di Unit Perundangan Keluarga Pejabat Agama Islam Daerah di mana pemohon tinggal bagi memastikan hal-hal berkaitan pewarisan harta, pewalian dan sebagainya dapat diselesaikan dengan baik serta tiada yang akan teraniaya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 22

message user image