Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin TAHU HUKUM TERIMA DUIT DALAM DAN HADIAH DALAM MAJLIS WALIMATULURUS PERKAHWINSN ANAK
Jawapan
Merujuk kepada soalan saudari, hukum menerima duit atau hadiah dalam majlis walimatulurus anak adalah harus dan dibolehkan dalam Islam, selagi tidak disyaratkan dengan syarat-syarat tertentu. Hadiah atau sumbangan seperti wang, barangan atau bentuk bantuan lain adalah dianggap sebagai pemberian ikhlas dan termasuk dalam bentuk saling membantu dalam kebaikan. Ia menjadi amalan yang diterima secara adat di kebanyakan tempat, dan selagi tidak bertentangan dengan syarak (contohnya, tiada unsur paksaan atau riak), maka ia adalah harus.
Namun, tidak boleh mewajibkan tetamu untuk memberi atau meletakkan sebarang bentuk syarat untuk hadir. Jika ada unsur paksaan, maka ia boleh jatuh kepada hukum yang tidak dibenarkan.