BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Soalan: Hukum menindik di badan selain dari telinga, contohnya dihidung atau pusat.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, perbuatan menindik di badan selain daripada di cuping telinga bukanlah amalan dalam Islam dan ia merupakan budaya amalan kaum bukan Islam. Perbuatan meniru amalan kaum lain adalah dilarang dalam Islam. Maka jauhkanlah daripada amalan tersebut. Nabi SAW bersabda yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. yang bermaksud: “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka”. (Riwayat Abu Daud) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 88

message user image