Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualakum,
Adakah salah jika saya tidak mengizikan suami menjilat kemaluan sy ketika bersama, adakah saya isteri yg derhaka? Baru-baru ini saya disahkan terkena jangkitan kuman selepas melalukan ujian pap smear dan suami mempertikan samada saya beroleh jangkitan kuman itu disebabkan oleh mulut beliau ketika bersama. Suami jg mengugut seolah2 akan menceraikan saya jika sy tidak mengizinkan beliau berbuat demikian. Apakah adab dan hukum bersetubuh yang sebenar mengikut islam.
Terima kasih
Jawapan
Menjawab persoalan di atas, hukum menjilat kemaluan isteri dan bermain dengan faraj isterinya adalah harus oleh syara dengan syarat tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan dan bukan dengan cara-cara yang boleh memudaratkan pasangan, terkena najis atau termakan najis. Perkara ini disebut oleh Syeikh Zainuddin al-Malibari, murid Imam Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitab Fath al-Mu`in :
Maksudnya: Diharuskan bagi seorang suami itu menikmati secara seksual akan tubuh isterinya, selain daripada lubang dubur (liwat), sekalipun dengan menghisap biji kelentitnya.
Harus diambil perhatian bahawa segala aktiviti hubungan kelamin ini hendaklah dilaksanakan dengan penuh adab dan penghormatan antara satu pasangan dengan yang lain. Keredhaan dan keizinan pasangan itu penting untuk mencapai ketenteraman dan kepuasan yang diredhai Allah SWT. Jangan sampai matlamat hubungan kelamin untuk mencapai kebahagian rumahtangga dan pasangan ini menjadi igauan yang memudaratkan pasangan kita. Laksanakanlah ia dengan penuh akhlak dan tolak ansur serta biarlah ia disulami dengan kerelaan dan keredhaan pasangan masing-masing. Kerana itu, Allah SWT menegaskan dalam firmannya dalam surah al Nisa ayat ke 19 :
Bermaksud: Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.
Terima kasih.