BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Aasalamualaikum.. sy ingin bertanyakan jika suami ada menyebut atau melafazkan jika isteri mnghubungi atau melayan bekas kekasih lagi dye akn melepaskan sy.. adakah lafaz itu sah? dan kemudian dye ada menyebut semula dye xberniat utk berkata begitu.. jika isteri ada buat tndakan itu adakah ia sah ape yg diperkatakan suami?.. sy dlm delima dah berbulan.. xckup tido asik memikirkan mslah ni..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan:

1. Lafaz yang diungkapkan oleh suami puan tersebut adalah suatu lafaz yang  berbentuk perkhabaran, hasrat atau cadangan. Ini kerana mana-mana ayat yang mengandungi perkataan "akan" ia memberi maksud hasrat atau cadangan dari orang yang melafazkan ayat tersebut. Talak akan jatuh sekiranya nanti bila berlaku pelanggaran terhadap larangan itu, suami melafazkan talak secara jelas atau sorih, namun sekiranya setelah berlaku pelanggaran larangan itu, suami memilih untuk tidak melafazkan talak, maka talak tidak jatuh.

2. Perkataan "...melepaskan..." itu juga adalah lafaz kinayah atau sindiran iaitu mana-mana lafaz yang mempunyai pelbagai  makna selain talak. Dan ianya memerlukan kepada niat suami ketika melafazkan ayat tersebut. Jika suami berniat untuk mentalakkan isterinya ketika melafazkan lafaz kinayah itu maka jatuhlah talak. Jika tidak berniat, talak tidak jatuh.

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 29

message user image