BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya satu kemusyikan yang menyebabkan sekarang jiwa saya sangat tidak tenang dan tenteram.

1. Dua minggu yang lepas saya berbincang dengan suami. Saya persoalkan kenapa selama ini asyik suami yang buat keputusan. Apa-apa yang saya cakap suami dengar sahaja tapi akhirnya suami yang buat keputusan tak ikut cakap saya. Bila saya asyik desak dan ulang cakap benda yang sama akhirnya suami pun cakap. Lepas ni awak bebas la nak buat apa. Saya tanya bebas apa? Suami kata, bebas nak buat apa-apa keputusan.

2. Seminggu lepas tu kawan saya ada bercerita, kalau cakap secara kiasan pun boleh jatuh talak. Ini yang membuatkan saya terus jadi susah hati. Saya tanya suami adakah dia berniat begitu. Dia cakap tak ada niat lansung. Dia kata waktu tu kita hanya bercakap soal keputusan.

3. Semenjak tu saya mengalami kerisauan yang melampau. Saya asyik bertanya kepada suami niat kata-kata dia haritu. Akhirnya suami kata, kalau awak risau sangat dan tak pasti, "Saya nak awak balik lah". Macam ayat nak rujuk la. Tapi dia kata, dia pasti sangat yang dia tak ada niat apa-apa. 

Soalan saya, situasi saya ni adakah talak itu terjadi atau tak. Saya sangat-sangat menyesal dengan apa yang terjadi. 

Saya berharap dapat jawapan pada soalan saya. 

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan puan,

Lafaz suami puan iaitu : "Lepas ni awak bebas la nak buat apa", ia adalah merupakan ucapan kinayah (lafaz yang tidak jelas atau tidak sorih), perkataan tersebut boleh membawa pelbagai maksud yang lain selain talak, mungkin boleh membawa maksud bebas hendak buat keputusan, bebas untuk keluar rumah, bebas untuk memberi cadangan atau sebagainya. Oleh yang demikian berlaku talak atau tidak adalah  bergantung kepada niat suami. Seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak. Seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku. Dan dalam isu ini, suami puan secara yakin dan pasti tiada niat untuk menceraikan puan, maka talak tidaklah jatuh.

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 25

message user image