BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualikum, Pertanyaan saya adalah: Sebelum berkahwin, isteri telah menunaikan umrah dan berniat disana, jika dia datang ke mekah lagi adalah untuk menunaikan fardu haji. Selepas berkahwin, saya mengajak isteri saya untuk pergi umrah kali kedua bersama saya, tapi dia kata dia dah berniat untuk mengerjakan haji kalau dia kesana kali yg ke dua. Apa hukum kalau, dia pergi juga untuk umrah kali yg kedua bersama saya? Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, ibadah umrah yang dilakukan kali kedua ini adalah harus dan dikira sebagai umrah jua. Tidak menjadi kesalahan baginya walaupun telah berniat haji jika pergi ke Mekah lagi kerana ibadah haji itu tertentu waktunya berbanding umrah yang boleh dilakukan sepanjang masa. Imam Ibnu Qudamah menyebut di dalam kitab al-Mughni bahawa, menurut mazhab al-Syafie dan Hanbali bahawa, tiada halangan untuk melakukan umrah berulang kali. Mereka berdalilkan hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : العُمْرَةُ إِلَى العُمرَةِ كفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا والحَجُّ الْمَبرُور لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ Maksudnya : “Tempoh waktu antara satu umrah dengan umrah yang seterusnya merupakan penghapus dosa, dan haji yang mabrur akan menatijahkan balasan syurga” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 173

message user image