BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt.

Tuan/puan yang berkenaan

Saya ingin membuat pertanyaan

Apakah kita berdosa sama sekiranya kita berdiam sekiranya tahu sesuatu hal kemaksiatan berlaku?

Seperti sudah tahu sebuah keluarga dari ibu hingga ke anak tinggal bersama pasangan masing2 tanpa ada ikatan sah yang sudah bertahun lama sehingga melahirkan zuriat tidak sah.

Sudah ditegur dan nasihati tapi ada bermacam alasan diberi dan berkata soal jawapan kubur masing2.seperti jadi serba salah.Adakah saya masih berdosa?

Diharap dapat memberikan saya jawapan yang boleh membuat kecerahan masalah ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan situasi yang diterangkan, Puan tidaklah berdosa kerana telah menasihati perkara tersebut. Jika didiamkan perkara ini selepas ini, Puan juga tidak berdosa kerana telah melaksanakan tanggungjawab dalam mencegah kemungkaran dengan lisan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 18

message user image