Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum
Saya Dan istri telah bergaduh beberapa tahun lepas(2020-2021) Dan Saya telah lafazkan talak 3 ke istri Saya jika dimelakukan hal itu kembali, lafaz talak 3 yg Saya ingat Adalah seperti:
KAU MESEJ DAN CAKAP DENGAN LELAKI DALAM NI (FB) SAMA MACAM NI LAGI, AKU TALAK 3 KAU
Perkara yang berlaku Adalah istri Saya telah bermesej dengan lelaki kawan tempat kerja baru dia, dia mengaku masih belum nikah/bujang dimesej tersebut hingga Saya Naik pitam karena masa tu kami baru nikah, alasan yg dia berikan pada saat Saya Tanya Adalah dia marah kepada saya.
Kami pun telah berbaik semula, tapi baru2 dia telah mesej dengan lelaki lain (kawan kerja juga tpi kerja lain bukan yg dulu) dimedia social yg SAMA(fb) mcm dulu, tapi tidak BERCAKAP perkara yang sama mcm dulu karena lelaki tersebut tahu dia telah nikah Dan memiliki anak, dia melalukan video call dengan alasan lelaki tersebut ingin melihat anak kami, untuk pengetahuan kami tidak prnah post gambar anak2 kami di media social mana pun.
Jadi saya ingin tahu Adakah talak yang Saya lafaz dulu berlaku dengan perkara yg terjadi sekarang. Terima kasih
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan :
Lafaz yang suami nyatakan dulu adalah tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang kerana isteri tidak bercakap atau menyatakan statusnya belum nikah atau bujang. Ini kerana lafaz yang suami nyatakan beberapa tahun lepas itu seakan spesifik dengan pengakuan bujang atau belum bernikah, maka ia tidak sama dengan perbuatan isteri berkongsi atau melakukan video call dengan lelaki lain dengan tujuan melihat anak-anaknya.
Walaubagaimanapun, memandangkan pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Terima kasih.