BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz

mohon penjelasan persoalan apa hukum bekas menantu lelaki masih tinggal sebumbung dengan bekas ibu mertua selepas masa edah habis .

terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Dalam Islam, tiada istilah bekas menantu dan bekas mertua kerana hubungan antara menantu dan mentua adalah mahram muabbad iaitu selama-lamanya adalah mahram. Oleh itu, tiada masalah baki bekas menantu tinggal sebumbung dengan bekas ibu mentuanya kerana mereka adalah mahram.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 28

message user image