Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan saya: Siapa yang perlu bertanggungjawab terhadap adik/abang OKU selepas bapa meninggal dunia? Adakah adik beradik atau ibu tiri? Bolehkah ibu tiri melepas tangan dan membiarkan adik beradik yang menguruskan adik/abang OKU tersebut? Kerana adik beradik yang lain sudah berkeluarga. Anak OKU tersebut merupakan anak bapa dan ibu yang dulu bukan ibu tiri yang sekarang.
Mohon pencerahan.
Terima kasih.
Jawapan
Tanggungjawab adik beradik yang perlu dinafkahi atau dijaga adalah bawah tanggungjawab adik beradik yang lain setelah ibu bapa. Manakala ibu tiri boleh juga menjaganya atas dasar ihsan dan bukan pula atas tanggungjawabnya.
Sekian, terima kasih.