BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya sembahyang sunat taubat selepas solat subuh di masjid. Apabila tahiyat akhir, datang seorang hamba Allah bersembahyang dengan saya. Menjadikan saya imannya, saya jadi keliru, namun saya teruskan dan memberi salam. Saya tinggalkan dia menyambung solatnya, saya keliru adakah dia solat subuh ataupun yang lain. Apakah hukum solat sunat saya dan solat dia, saya tidak menunggu dia habis solatnya. Kerana saya memikirkan hal ini, jika dia sebenarnya sembahyang subuh, adakah saya berdosa? apakah yang saya perlu lakukan, saya tidak kenal insan tersebut.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, situasi yang dinyatakan hukum perlaksanaan oleh makmum (yang mengerjakan solat fardhu) dan imam (yang mengerjakan solat sunat) adalah sah. Berdasarkan Mazhab Syafiiyah membolehkan kita melaksanakan solat fardhu dengan bermakmum kepada orang yang solat sunat. Begitu juga sebaliknya, orang yang solat fardhu tertentu juga sah untuk bermakmum kepada orang yang solat fardhu lainnya (seperti orang yang Solat Zuhur kepada orang Solat Asar). Berdasarkan Imam Syirazi dalam Kitabnya al-Muhadzab sebagaimana berikut: “Boleh seseorang yang solat fardhu bermakmum kepada orang yang solat sunat dan orang yang solat fardhu bermakmum kepada orang yang solat fardhu dalam solat yang lain. Berdasarkan hadith Nabi SAW, diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah RA bahawa: Muaz bin Jabal RA melakukan Solat Isyak di waktu akhir bersama Rasulullah SAW, kemudian ia mendatangi kaumnya di Bani Salimah lantas menjadi imam solat bersama mereka, solat itu baginya (hukumnya) merupakan solat sunat, sementara bagi mereka merupakan Solat Isyak (solat fardhu); di samping itu kerana bermakmum tersebut terjadi dalam perbuatan-perbuatan yang zahir, padahal perkara itu berbeza niat (Riwayat Muslim)”. Manakala bagi imam, hukumnya adalah sunat baginya berniat untuk menjadi imam agar mendapat fadhilat solat secara berjemaah dan sekiranya tidak berniat solat jemaah tersebut tetap sah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 545

message user image