BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum tuan/puan, 

 

semalam saya dan suami bergaduh dan suami ada menyatakan ayat "aku dah tak nak kau, ingat ya aku dah tak nak kau" kemudian pada hari ini saya dan suami berbincang secara damai. saya ada menanyakan tentang apa niat suami ketika ucapan tersebut dilontarkan. 3 kali saya tanya kerana suami tak menjawab, kemudian saya bertanya lagi "abang dah taknak sayang jadi isteri abang ya?" suami menjawab "taknak". kemudian bila saya menangis suami menyatakan itu bukan niat dia kerana fikirannya celaru dan hanya menjawab "taknak sebab abang taktahu nak jawab apa" adakah jatuh talak? terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

1. Lafaz "aku dah tak nak kau, ingat ya aku dah tak nak kau" boleh dianggap sebagai lafaz kinayah atau kiasan iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika menuturkan perkataan tersebut, seandainya suami berniat talak, maka jatuhlah talak namun sebaliknya seandainya suami tidak berniat talak, maka talak tidak berlaku. 

2. Setelah lafaz "aku dah tak nak kau", soalan susulan isteri "abang dah taknak sayang jadi isteri abang ya?" dan dijawab "tak nak" juga bukanlah merupakan lafaz talak yang soreh kerana lafaz talak tidak dinyatakan dan suami mengatakan "tak nak" itu merujuk kepada tak tahu untuk menjawab. 

Saudari disarankan melaporkan perkara ini ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk membuat pengesahan selanjutnya. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidangkuasa untuk memberi keputusan terhadap status perkahwinan saudari.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 17

message user image