Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum, nak bertanya apakah lafaz taqlik ni jelas atau Pon tidak Dan apakah lafaz ni sah atau Pon tidak mohon penjelasannya "KALAU KAU MEMBELAKANGKAN AKU TERLEPAS TALAK"
Jawapan
Lafaz yang dikatakan tersebut merupakan lafaz kinayah iaitu lafaz yang tergantung kepada niat suami ketika melafazkan ayat tersebut kerana menyebut perkataan 'terlepas talak'. Ia juga merupakan talak bersyarat yang terikat kepada situasi atau perbuatan 'membelakangkan' dirinya. Adapun sekiranya suami mengaitkannya pada tempoh masa tertentu, maka lafaz tersebut juga terikat dengan tempoh masa yang diniatkan.
Pihak yang berbidangkuasa di dalam menentukan dan mengesahkan jatuh atau tidak talak adalah Mahkamah Syariah, maka disarankan untuk melaporkan perkara tersebut kepada Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk mendapat kepastian dan saranan dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.