Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Suami saya melafazkan perkataan di depan saya tuju knp saya.
"Ayah ceraikan mama" tanpa sebut nama saya.
Adakah sudah terlafaz cerai pada saya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, lafaz " Ayah ceraikan mama", adalah lafaz yang soreh (jelas) maksudnya dan jelas ditujukan kepada si isteri walaupun tidak disebut nama dan menggunakan nama panggilan. Puan hendaklah melaporkan dengan kadar segera ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal agar dapat ditentukan status perkahwinan suami isteri tersebut. Jika tidak dilaporkan dikhuatiri boleh berlaku talak ba'in.
Sekian, terima kasih