BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, maaf izin bertanya.. 

Boleh tak ajk masjid guna duit tabung masjid untuk beli baju raya ajk sempena majlis jamuan hari raya.

Kerana untuk memastikan smua AJK berpakaian seragam pada jamuan hari raya. Jadi kami rancang untuk guna duit tabung masjid utk beli baju raya yg seragam.

Adakah dibenarkan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Duit tabung masjid adalah hasil pemberian dan sedekah masyarakat kepada masjid. Setiap apa yang disedekahkan perlu disempurnakan mengikut niat orang yang bersedekah. Bagi permasalahan duit tabung masjid, Jika tabung tersebut bertujuan sedekah/ infaq umum untuk kegunaan pengurusan masjid dan Ahli Jawatankuasa masjid, maka dalam hal ini, sumber tersebut boleh digunakan bagi tujuan yang dimaksudkan.   Jika tabung tersebut hanya untuk kegunaan maslahah masjid dan segala aktiviti untuk pengimarahan masjid maka haram bagi AJK  untuk menggunakan duit tabung masjid tersebut. Pihak pengurusan Masjid juga boleh mendapatkan dana atau sumbangan lain yang khusus bagi membeli baju raya AJK masjid tanpa menggunakan duit daripada tabung masjid.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 24

message user image