Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Soalan sy berkenaan perceraian di luar mahkamah,sejarah sy telah bercerai kali pertama pada tahun 2019,setelah itu sy rujuk semula di mahkamah,tetapi sy tidak hadir pada tarikh yg di tetapkan bagi menghantar borang rujuk,sehingga tahun 2021 sy telah melafazkan cerai buat kali kedua melalui fon,dgn lafaz 'AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 1' Soalan sy, Adakah jatuh talak terhadap terhadap isteri sy? jika ya, talak berapakah yg jatuh?
setelah itu sy kembali rujuk dgn persetujuan bersama,tanpa pergi ke pejabat agama dan mahkamah sehingga kini,apakah status kami sebenarnya??
Apakah yg perlu sy lakukan bagi menyelesaikan masalah ini dan apakah yg perlu sy lakukan utk declare status sy dan isteri skrg ni?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, kegagalan saudara untuk hadir ke Mahkamah Syariah pada tarikh yang telah ditetapkan menyebabkan dokumentasi/ rekod pernikahan saudara tidak dapat dikemaskini statusnya.
Memandangkan telah berlaku lafaz talak yang kedua melalui telefon iaitu : 'AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK 1', dengan lafaz yang soreh (jelas) maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri jika lafaz tersebut dilakukan secara lisan. Walau bagaimanapun, jika perceraian dibuat secara bertulis melalui whatsapp, ia dianggap sebagai talak secara kinayah dan memerlukan kepada niat pelafaz. Persoalan berkenaan bilangan talak yang kedua ini perlulah dilaporkan semula ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal dengan kadar segera. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidangkuasa untuk membuat pengesahan terhadap status perkahwinan saudara.
Sekian, terima kasih.