BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz dan ustazah, saya Razim mahu bertanya. Apakah hukum sekiranya semasa majlis perkahwinan, pengantin lelaki meminjam duit daripada seseorang sebagai contoh (ibunya) untuk dijadikan mahar? Akad tersebut dilakukan menggunakan akad TUNAI. Adakah sah atau tidak sah pernikahan tersebut? Dan jika tidak sah apa tindakan yang perlu dilakukan? Hal ini kerana, pada majlis pernikahan tersebut, jurunikah dan saksi telah mengesahkan perkahwinan mereka, dan pasangan tersebut sudah hidup sebagai suami isteri selepas majlis berkenaan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Menjawab persoalan yang diajukan, mengatakan lafaz nikah "mahar secara tunai" bermaksud mahar itu diserahkan kepada isteri tidak secara bertangguh atau hutang. Dalam kes saudara, apabila mahar itu telah diserahkan kepada isteri, maka ia dianggap telah diserahkan secara 'tunai' iaitu tidak bertangguh atau hutang. Adapun urusan perolehan duit itu dengan pihak lain secara hutang atau ansuran tidak menjejaskan hakikat yang ia telah diserahkan secara 'tunai' kepada isteri dan ia tidak menjejaskan akad nikah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image