Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Bolehkah, seandainya kita tidak membaca bacaan pada sujud terakhir dalam sembahyang sunat Tahajud seperti yang disarankan? tetapi kita membaca bacaan sujud akhir dalam sembahyang sunat taubat dalam sembahyang sunat tahajjud? Mohon penjelasan
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, diharuskan untuk membaca doa sewaktu sujud dalam solat. Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda bahawa : أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد فأكثروا الدعاء Maksudnya : “Keadaan paling rapat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia bersujud, maka perbanyakkanlah kalian dengan berdoa (pada waktu sujud)” (Riwayat Muslim) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih