Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ada pertanyaan, saya ada langgar taklik tambahan yang suami lafaz. dan kami dah rujuk semula. Baru baru ini suami ada maklum dia belum tarik balik lafaz talkik dia sebelum ini. Jika saya langgar lagi adakah saya di kira jatuh talak lagi? Bukankah lafaz taklik terbatal selepas lafaz rujuk? dan lafaz taklik juga tidak boleh ditarik balik?
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan di atas, apabila sesuatu taklik telah dilanggar dan telah disahkan jatuh oleh mahkamah maka taklik itu tidak lagi mengikat pasangan tersebut. Ia telah tiada lagi dengan jatuhnya talak yang disebabkan dengan taklik itu. Walaubagaimanapun, sekiranya puan dan suami masih memerlukan penjelasan yang lebih lengkap, maka puan boleh merujuk perkara ini ke mana-mana Pejabat Agama Islam yang berhampiran.
Terima kasih.