Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya ingin bertanya soal duit deposit tnb. Adakah ia dikira sebagai duit faraid?.
Situasinya adalah, rumah yg sy duduki sekarang adalah milik ibu saya yg telah dihibahkan kepada saya tetapi nama bagi urusan TNB adalah nama arwah abah saya. Tetapi setelah arwah abah meninggal saya telah menukarkan nama arwah kepada nama saya untuk urusan TNB. Makanya pihak TNB telah memulangkan semula deposit TNB tersebut.Jadi saya ingin kepastian apakah status wang tersebut?.Adakah ia dikira harta pusaka atau pun tidak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, duit deposit TNB tersebut merupakan harta pusaka arwah ayah yang perlu dibahagikan mengikut faraid kepada waris-waris yang berhak.
Sekian, terima kasih.