BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

asalammualikum , saya ingat bertanya soalan tentang trade investment . saya ada join platfom in tetapi saya keliru sma ada duit y saya dapat itu halal atau haram ? saya hanya mengelurakn modal mengikut mana²  jumlah y sedia ada y dia dah tentu kan dgn komisen . setelah saya mengeluarkan modal tugas saya hanya memberi rating pada produk y dikeluarkan oleh syarikat FILA . kemudian setelah selesaii saya dapat semula modal berserta komisyen . platfom  ini dikenali sebagai OFICIAL FILA SDN BHD . 

noted : untuk maklumat FILA ini jenama baju kasut dan sebagai nyaa sama seperti ADIDAS , ASADI , NIKE .


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Untuk melibatkan diri dalam sesuatu pelaburan, hendaklah dipastikan terlebih dahulu kriteria yang ditetapkan supaya ia tidak bertentangan dengan syarak. Iaitu perkara yang melibatkan gharar (ketidaktentuan/ ketidakpastian), maisir iaitu perjudian atau hanya satu pihak sahaja yang mengambil keuntungan atas kerugian pihak lain yang terlibat serta riba yang merupakan perbuatan haram dalam Islam. 

Merujuk kepada persoalan, jika pelaburan yang dibuat mematuhi prinsip Syariah serta platform yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia ia adalah dibenarkan. Sebaliknya jika platform pelaburan yang disertai bertentangan dengan Syariah atau yang tidak mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia, maka adalah sebaiknya tidak terlibat terus. Adalah menjadi suatu kefarduan bagi setiap orang Islam untuk memastikan sumber rezeki yang diperolehi dari sumber yang halal termasukkan pelaburan yang disertai. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image