BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

15 tahun yang lalu saya mengambil insuran hayat secara konvensional dan akan matang pada bulan April 2025 dengan bayaran premium sebanyak rm114. 35 sebulan, Setelah mengikuti pengajian, barulah saya tahu rupanya skim konvensional ini berunsur riba. Adakah saya layak terima duit pokoknya sahaja dan bakinya saya gunakan untuk tujuan seperti membaiki jalan, tandas dan seumpamanya 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, tuan/ puan adalah berhak untuk mengambil semula wang pokok (yakni jumlah yang telah anda bayar selama ini) kerana itu adalah hak anda dan tidak termasuk dalam kategori riba. Jumlah bayaran pokok pembeli insurans sahaja yang boleh diambil, manakala bakinya, pampasan atau keuntungan yang diterima adalah tidak dibenarkan kerana ia dikira sebagai harta tidak patuh Syariah iaitu urusniaga konvensional. Ia wajib dilupuskan untuk tujan harta disucikan dan perlu diserahkan kepada pihak baitulmal atau didermakan untuk tujuan kebajikan kepada golongan fakir dan miskin.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image