Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum tuan,
Saya ada soalan megenai dividen KWSP konvensional perlu dibersihkan atau tidak. Situasi dia macam ini, ayah saya mempunyai simpanan KWSP konvensional dan masih belum tukar ke simpanan patuh shariah. Ayah saya juga mempunyai i-akaun KWSP dan pada setia bulan ayah saya akan melihat jumlah simpanan KWSP dia di telefon dia. Pada tahun ini iaitu tahun 2025 ayah saya telah megambil keputusan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dia kerana sudah cukup umur. Ayah saya juga tidak tahu bahawa kita perlu tukar dari simpanan konvensional ke simpanan patuh shariah walaupun simpanan patuh syariah sudah lama wujud dan kalau dia buka i-akaun KWSP di telefon dia akan keluar iklan di portal KWSP bahawa kita perlu tukar ke simpanan patuh shariah. Selepas megeluarkan sebahagian simpanan KWSP baru ayah saya tukar simpanan ke simpanan patuh shariah. Setahu saya bahawa kita perlu mebuat pembersihan dividen jika kita mebuat simpanan di simpanan konvensional dan dividen tahunan yang perlu dibersihkan ialah dari tahun 2017 kerana pada tahun tersebut simpanan patuh shariah mula diwujudkan. Tetapi saya juga ada terbaca bahawa kita tidak perlu membersihkan dividen dari simpanan konvensioal, akan tetapi perlu segera tukar ke simpanan patuh shariah. Jadi ini membuat saya keliru. Soalan saya, adakah dividen KWSP konvensional yang diperoleh dari tahun sebelum ini oleh ayah saya perlu dibersihkan atau tidak dan jika perlu dibersihakan adakah ia wajib atau tidak ?. Jadi saya mohon jawapan dari pihak tuan mengenai soalan saya ini. Kerjasama pihak tuan amat saya hargai, Sekian, Terima kasih,
Jawapan
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) kali ke 4/2015 yang bersidang pada 19 Oktober 2015 bersamaan 6 MUharram 1437H telah memutuskan bahawa:
i. KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke akaun KWSP-Islamik.
ii. Pencarum yang beragama Islam wajib mencarum dalam akaun KWSP-Islamik
iii. Pihak KWSP hendaklah mengamalkan pelaburan yang patuh Syariah.
Berdasarkan kepada keterangan fatwa di atas, sekiranya tuan telah bertukar ke akaun KWSP-Islamik selepas fatwa di atas dikeluarkan, maka harus menggunakan duit simpanan tersebut. Jika selepas fatwa ini dikeluarkan dan tuan tidak menukar ke akaun KWSP-Islamik dan telah habis digunakan, tuan hendaklah bertaubat dan wajib membuat kiraan serta amaun pembersihan perlu diserahkan kepada pihak Baitulmal, Majlis Agama Islam Negeri kerana wang tersebut adalah hasil tidak patuh Syariah.
Sekian, terima kasih.