BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya penerima STR kerajaan sebelum ini. Kini, gaji kasar saya sudah melebihi kelayakan yang ditetapkan. Tetapi, dalam proses untuk mengemaskini maklumat dalam sistem STR, ada beberapa isu (sistem bermasalah, lambat respon/bantuan dll) sehingga telah masuk bantuan fasa berikutnya. Soalannya: (1) Apakah hukum saya menggunakan duit yang diterima? (2) (Jika tidak boleh digunakan duit tersebut) Apakah yang perlu saya buat dengan duit tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR)  adalah sumbangan yang diperuntukkan kepada golongan yang layak berdasarkan pendapatan dan syarat-syarat lain. Berdasarkan situasi, tuan  telah melepasi kelayakan setelah gaji kasar meningkat.  Jika tuan masih menerima bantuan STR pada fasa yang seterusnya secara prinsipnya duit tersebut boleh dianggap tidak sah untuk digunakan oleh tuan. Ini kerana bantuan STR bertujuan untuk membantu golongan yang layak, dan jika tuan tidak lagi memenuhi kriteria kelayakan (iaitu pendapatan melebihi had yang ditetapkan), maka secara teknikalnya tuan bukanlah penerima yang sah dan wang diterima tidak boleh digunakan. Oleh disebabkan wang STR  yang diterima kerana masalah teknikal, wang tersebut perlu dipulangkan semula. Seandainya proses pemulangan tidak dapat dilakukan atau sukar untuk dilakukan, maka wang tersebut boleh diserahkan ke Baitulmal yang boleh dilakukan secara atas talian, atau serahkan kepada pihak masjid untuk kegunaan pengimarahan atau pembangunan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 15

message user image