BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang adakah lelaki dibolehkan untuk menyimpan emas ataupun goldbar di dalam dompet? Dompet tersebut sentiasa di bawa kemana-mana dan di dalam poket seluar/baju


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perkara yang diharamkan kepada lelaki adalah memakai atau menggunakan perhiasan daripada emas. Adapun menyimpan atau meletakkan perhiasan emas ataupun goldbar di dalam dompet mahupun di dalam kocek baju atau seluar tidaklah dianggap sebagai memakai perhiasan. Oleh itu ia diharuskan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image