BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam sy nak tanya situasinya sy tak balik kampung. Tp semasa isteri dalam perjalanan pulang ke kampung bersama adek perempuannya sy telah menghantar mesej . Sy cakap pulangkan duit sy yg dia ambik tanpa pengetahuan sy malam ni juga, kalau tak kira jatuh. Isteri teruskan juga balik ke kampung dan  tak pulangkan juga duit tu malam tu. Isteri pula dlm pantang.. 

 

Apakah hukumnya.. Adakah jatuh talak? Sy cuma ckp "kalau tak tak hantar duit sy yang dia ambil tu, kira jatuh".

Sy tak ckp jatuh talak tp itu la maksud sy ckp dan dia pun faham dgn bls ye terima kaseh

Terima kaseh. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada mesej saudara iaitu, "pulangkan duit sy yg dia ambik tanpa pengetahuan sy malam ni juga, kalau tak kira jatuh", ia boleh dikategorikan sebagai lafaz talak secara kinayah. Lafaz sebegini memerlukan pengesahan kepada niat suami semasa menaip mesej tersebut. Jika suami  berniat untuk cerai, maka boleh menyebabkan jatuh talak. Sebaliknya jika suami tiada niat untuk cerai, maka talak tidak jatuh. 

Saudara boleh merujuk keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) Negeri Selangor 2003 seperti berikut:

Bermakna, apa jua perkara yang berkaitan dengan talak dan cerai yang ditaip atau ditulis menggunakan pelbagai medium perantaraan/ penyampaian serta aplikasi yang dimuaturun adalah dikategorikan sebagai talak kinayah. Justeru, ia perlu dilaporkan ke Mahkamah Syariah terdekat tempat di mana tuan tinggal untuk pengesahan status selanjutnya. Ini kerana pihak yang berautoriti di dalam mengesahkan suatu penceraian berlaku adalah pihak Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image