BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Isu:

Ibu saya bekas isteri kepada arwah bapa saya. Bapa saya meninggalkan balu anak seorg (berkahwin dgn ibu tiri saya di Narathiwat dan tidak mendaftarkan pernikahan di Malaysia). Selepas 9 tahun arwah meninggal Ibu saya telah membuat tuntutan pencen (arwah adalah bekas askar). Pihak kerajaan telah meluluskan permohonan dan membuat pembayaran pencen tertunggak dan ibu saya telah menerima pencen bulanan). Kami berpendapat arwah tidak memaklumkan penceraian beliau dgn ibu saya (sistem tidak dikemaskini). 
 

Soalan:

1. Adakah pencen tertunggak yg berjumlah lebih RM20k yang diperolehi ibu saya perlu difaraidkan?

2. Apakah hukum pencen bulanan yg diterima oleh ibu saya skrg? Utk pengetahuan kami adik beradik masih mampu utk menanggung makan pakai ibu kami. 
 

Diucapkan ribuan terima kasih, semoga mendapat penjelasan pihak Tuan secepat mungkin.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Hukum Faraid adalah peraturan dalam hukum syarak yang mengaturkan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang. Hukum Faraid adalah satu aspek penting dalam hukum keluarga Islam dan ia merupakan syariat dalam Islam dan telah dinaskan oleh al-Quran, al-Sunnah serta ijma’ ulama’. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah an-Nisa ayat 7:

لِّلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ  نَصِيبًا مَّفْرُوضًا

Maksudnya: “Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).”

SITUASI 1: pencen tertunggak tersebut perlu melihat kepada dua keadaan, pertama adalah sekiranya arwah masih hidup dan proses pencen memakan masa sehingga menyebabkan berlaku kelewatan dan arwah meninggal dunia dalam tempoh tersebut, maka tunggakan itu perlu dilaksanakan faraid kepada waris-waris yang sah.

Kedua, sekiranya arwah telah meninggal dunia dan proses pencen memakan masa sehingga menyebabkan berlaku tunggakan dalam tempoh tersebut, maka tunggakan itu tidak perlu difaraidkan kerana ia bukan jatuh sebagai harta pusaka.

SITUASI 2. Wang pencen bulanan yang diterima oleh ibu adalah harus untuk diterima disebabkan wang pencen bulanan akan disalurkan ke dalam akaun isteri yang didaftarkan dalam sistem sehingga ia dikemaskini dan ia bukanlah harta pusaka yang perlu difaraidkan.

Adapun, bagi mendapatkan penjelasan dan keterangan lebih lanjut, tuan boleh berhubung dengan pihak Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Selangor bagi memastikan permasalah ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa mengambil hak orang lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image