Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Berlaku pergaduhan antara kami.
suami memukul saya . Saya mengamuk jerit2 sebab sakit dan suami tanya "kau nak apa lagi" dan saya menjawab "cerai aku nak cerai! Ceraikan aku" suami balas "haa ye okey nanti kita cerai" atau " ha ye okey nanti aku ceraikan mu" dalam keadaan yg sangat marah. Jatuh ke talak ?
dan saya pernah mengugut dan memaksa suami lafaz taklik "kalau curang kita cerai" suami taknak lafaz dia cuba berkeras tp saya memaksa untuk dia lafaz kalau tak saya akan mengamuk dan tuduh dia memang akan curang belakang saya . Adakah valid lafaz taklik tuh ?
Jawapan
Berdasarkan kepada persoalan puan,
1. Bagi situasi tersebut iaitu: suami tanya "kau nak apa lagi" dan saya menjawab "cerai aku nak cerai! Ceraikan aku" suami balas "haa ye okey nanti kita cerai" atau " ha ye okey nanti aku ceraikan mu", ini boleh dikategorikan sebagai jawapan dari suami berkenaan permintaan puan iaitu "cerai aku nak cerai! Ceraikan aku". Suami mengkhabarkan atau memaklumkan bahawa "nanti kita cerai". Bermaksud belum lagi jatuh talak. Sama ada suami hendak ceraikan atau tidak nanti ia terpulang kepada suami, iaitu dengan "lafaz aku ceraikan engkau".
2. Berkenaan lafaz taklik iaitu: "kalau curang kita cerai" itu tidak valid kerana ayat tersebut adalah daripada isteri. Isteri tidak boleh mentalakkan perkahwinan. Dan suami ada pilihan untuk tidak menuruti kehendak isteri untuk melafazkan ayat tersebut.
Jika ada situasi seperti keganasan dalam rumah tangga (memukul) yang dilakukan oleh suami terhadap isteri, isteri boleh melaporkan kepada pihak Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah berdekatan untuk mendapatkan pertolongan dan pandangan.
Sekian, terima kasih.