BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Tanpa pengetahuan saya, isteri saya telah tuntut fasakh di Narathiwat Thailand. Selepas itu kami masih bersama seperti suami isteri. 2 minggu kemudian isteri saya telah menerima surat cerai melalui wasapnya. 

Saya ingin bertanya adakah sah surat tersebut atau terbatal kerana?

1. Saya tidak pernah dipanggil memberi keterangan atau membela diri

2. Kami sering berhubungan kekadang 2 - 3 kali seminggu walaupun selepas dia menuntut fasakh hingga sekarang

3. Semasa akad nikah tahun 2004 dulu saya tidak membaca takliq

4. Saya tidak pernah melafaz cerai kepada isteri saya hingga saat ini.

Sekian.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, kami tidak mempunyai autoriti untuk mengesahkan sesuatu dokumen sama ada pernikahan atau perceraian dalam atau luar negara itu asli atau sebaliknya.

Oleh itu, adalah disarankan kepada pihak puan untuk merujuk perkara ini ke Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan pandangan serta tindakan lanjut. Pihak yang berautoriti di dalam mengesahkan sesuatu perkahwinan dan penceraian berlaku adalah pihak Mahkamah Syariah. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 20

message user image