Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jawapan
Isteri kematian suami wajib beriddah selama 4 bulan 10 hari serta wajib untuk berkabung (ihdad) dalam tempoh tersebut iaitu dengan meninggalkan dari memakai perhiasan serta dilarang dari keluar rumah melainkan atas sebab keperluan yang mendesak seperti untuk bekerja. Adapun keluar dengan sebab bercuti atau berjalan-jalan hukumnya adalah haram. Dalil tentang iddah kematian suami adalah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 234;
Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber’iddah) selama empat bulan sepuluh hari.
Dalil tentang ihdad (tidak berhias) adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Ummu Habibah Binti Abu Sufiyan RA, bahawa baginda SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk ihdad (tidak berhias) melebihi tiga hari kecuali kematian suami iaitu empat bulan sepuluh hari. (Riwayat al-Bukhari).
Merujuk kepada persoalan puan, dibolehkan seorang isteri dalam keadaan iddah mengadakan majlis khatam al-Quran di rumahnya kerana larangan iddah adalah tidak keluar daripada rumah. Namun, hendaklah tidak berhias dan memakai wangi-wangian.
Sekian, terima kasih.