Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Adakah Skim Insurans Perkejaan (SIPS) yang berkuatkuasa secara mandatori mulai Januari 2018 ini patuh dari segi hum syarak dsbnya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baru. Institusi yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sistem tersebut adalah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Setiap caruman yang dibuat oleh pencarum pihak PERKESO akan membuat pelaburan kepada pelaburan yang patuh syariah dan dipantau oleh panel syariah yang dilantik. Sehubungan itu, SIP ini adalah satu sistem jangka panjang yang patuh syariah. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.