BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, abang saya bercerai dgn kakak ipar saya. Dalam setahun dua ni abang saya sakit dan tidak boleh bekerja. Adakah kami (bapa saudara) kena bagi nafkah kepada anak saudara saya?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, nafkah seseorang anak itu adalah menjadi tanggungjawab bapanya. Apabila bapanya tidak mampu, maka tanggungjawab tersebut jatuh kepada ibunya. Jika ibunya juga tidak mampu, maka ia jatuh kepada wali kanak-kanak tersebut iaitu datuknya atau bapa saudaranya. Firman Allah SWT : Maksudnya : “Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). (al-Baqarah : 233) Berdasarkan kepada Seksyen 73(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, bahawa : Kecuali seperti tersebut di atas, adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah Hukum Syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati atau tempat di mana bapanya berada tidak diketahui atau jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 178

message user image