BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalaamu'alaikum,

Berkenaan kitab Dalailul Khairat karangan imam al-Jazuli, apakah dibenarkan beramal dengan nama-nama Rasulullah s.a.w. (Asma'un Nabi) dan selawat2 yang terkandung dalam buku tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Buku Dalaiul Khairat merupakan buku himpunan wirid, zikir dan selawat bagi pengamal Tariqat Syaziliah dan beberapa pengamal tariqat lain. Ia juga boleh diamalkan oleh orang awam dengan panduan asatizah atau pengamal tariqat tertentu. Bagi menjawab soalan yang diajukan, mengamalkan wirid dan selawat Dalailul Khairat adalah diharuskan kerana ia termasuk dalam zikir-zikir yang baik. Walau bagaimanapun, bagi orang awam adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan bimbingan serta mempelajari makna wirid ini oleh guru pembimbing yang dipercayai.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image