BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Di dalam islam, seorang isteri wajib menjaga aib suami.

Soalan saya disini, suami mengaku sudah bercerai dengan isteri untuk berkawan dengan seorang wanita. Isteri telah menasihati suami tetapi suami tetap berbohong dan meneruskan hubungan tersebut.

Adakah berdosa jika isteri menghubungi wanita bersebut untuk memberitahu status sebenar suaminya. 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, kesalahan suami yang mengaku telah bercerai adalah berdosa. Justeru, suami sendiri yang dipertanggungjawab dosanya di atas kesalahan yang dia lakukan. Firman Allah SWT dalam surah al-An'am ayat 164:

وَلَا تَكۡسِبُ كُلُّ نَفۡسٍ إِلَّا عَلَیۡهَاۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةࣱ وِزۡرَ أُخۡرَىٰۚ

Maksudnya : Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)

Tidak salah jika puan ingin menghubungi wanita tersebut menerangkan kedudukan sebenar supaya wanita tersebut tidak tertipu dan sebagainya. Namun, jika suami berhajat untuk berkahwin lagi, situasi ini hendaklah diurus dengan baik mengikut saluran yang betul agar tidak menyalahi Syarak dan Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 9

message user image