Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah pandangan syarak jika menghadiri majlis di restoran tidak halal tetapi pihak syarikat ada mengambil caterer dari luar yang halal. Adakah boleh jika saya hadiri?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, sekiranya pihak syarikat menggunakan caterer yang jelas halalnya, termasuklah peralatan (pinggan, cawan, dan lain-lainnya) maka tidak menjadi kesalahan untuk pihak puan menghadiri dan makan dalam majlis tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya restoren tersebut ada melambangkan gambar seperti minuman keras, khinzir dan perkara yang membawa kepada fitnah, maka lebih afdhal untuk tidak menghadiri majlis tersebut walaupun terjamin halal makanannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.