BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum . Saya nak bertanya bagaimana jika suami lafazkan "kalau kau keluar dari rumah ni kau bukan lagi isteri aku" . Tapi saya tak keluar pun pada hari tersebut . Dan keesokan hari saya tanya dia boleh ke sy nak keluar rumah nak buang sampah dan jemur kain. Dia ckp pergi lah. Jadi soalan sy adakah lafaz itu lafaz cerai ? Dan bila sy keluar pada esok hari itu adakah jatuh talak ?

 

kedua kalau suami jenis bila bergaduh suka maki hamun dan suka cakap nak bercerai . Suka nak ckp nk hantar sy balik rumah mak ayah sy . Adakah itu talak kiasan? 
 

Saya mohon pencerahan. Terima kasih

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz suami iaitu : "kalau kau keluar dari rumah ni kau bukan lagi isteri aku", boleh dikategorikan sebagai lafaz taklik secara kinayah (kiasan). Apa niat suami semasa melafazkan ayat tersebut. Jika suami berniat cerai, maka boleh menyebabkan jatuh talak ke atas isteri. Jika suami tidak berniat cerai, maka talak tidak jatuh. 

Apabila berlaku pergaduhan disusuli dengan ayat berbaur perceraian dan seumpamanya, sebaiknya hendaklah dijelaskan statusnya sebaik sahaja situasi itu berlaku dikhuatiri boleh menyebabkan jatuh talak tanpa sengaja. Justeru, untuk mendapatkan penjelasan selajutnya puan boleh hubungi Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal berkenaan perkara tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 14

message user image