BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Asalamualaikum mufti , saya hendak bertanya, boleh ke seseorang muslim itu ucapkan cheers dan melagakan makanan sebelum dimakan ? mohon pencerahan ya mufti , terima kasih !


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk pada persoalan saudari, ucapan "cheers" berasal dari budaya barat, khususnya dalam upacara minum arak, di mana mereka melagakan gelas sebagai simbol perpaduan atau perayaan. Sungguhpun, masyarakat sekarang mungkin tidak berniat begitu, asas asal sesuatu perbuatan tetap diambil kira dalam Islam, terutama jika ia jelas menyerupai budaya yang bercanggah dengan akhlak Islam. Jika perbuatan itu khusus bagi agama atau budaya yang bercanggah, maka umat Islam tidak sepatutnya meniru secara sengaja. 

Di dalam Islam, ada mengajarkan adab yang sangat indah dan bermakna antaranya:

1. Membaca "Bismillah"

2. Menyebut "Alhamdulillah" selepas makan

3. Berdoa kepada Allah

4. Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan.

Mengucapkan "cheers" dan melagakan cawan atau makanan sebelum makan tidak haram secara jelas namun tidak digalakkan (makruh tanzih) kerana ia menyerupai budaya orang bukan Islam, khususnya dalam konteks pesta arak dan perayaan mereka. Islam telah mengajar kita adab makan yang lebih mulia dan penuh makna.

 

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 10

message user image