Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Saya nak bertanya berkaitan tempoh iddah isteri yang terpaksa mengambil ubat perancang setelah suci yang kedua. Ubat diambil atas saranan doktor kerana berlaku ketumbuhan di dalam rahim.adakah iddah mengikut tempoh yang biasa atau berubah mengikut ubat yang diambil. pil perancang menyebabkan tempoh berlaku haid berubah menjadi 30 hari.
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, oleh kerana telah berlaku 2 kali suci, maka bagi menentukan suci yang ke 3 dalam tempoh pengambilan ubatan isteri hendaklah melihat kembali adat kebiasaan semasa haidnya. Contoh, jika haidnya sebelum ini adalah 7 hari, maka perlu ikut 7 hari bagi mentukan bilangan haidnya. Selepas itu, dari hari yang ke 8 dan seterusnya (dalam 15 hari tempoh suci sebelum berlaku period akan datang) ia dikira suci yang ketiga. Justeru, cukuplah tempoh iddah 3 kali suci.
Sekian, terima kasih.