BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Ada satu kemusyikilan dalam pertanyaan jatuh talak:
1) Saya bergaduh dengan isteri yang mana saya dan saya tidak benarkan isteri saya keluar.

2) Semasa berada di porch rumah saya menyatakan " Kalau keluar daripada pagar rumah maka jatuhla dengan Talak 1. Dengan niat keluar bersendirian tanpa izin saya.

3) Isteri saya kembali ke rumah dan kami berbincang dan berbaik.

4) Dan saya sebagai suami membawa nya keluar. Adakah dengan saya keluar dengan isteri maka isteri saya jatuh talak 1 disebabkan keluar daripada pagar.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Lafaz yang diungkapkan oleh suami kepada isterinya iaitu "Kalau keluar daripada pagar rumah maka jatuhla dengan talak 1" adalah merupakan talak taklik iaitu mengaitkan jatuh atau berlaku talak dengan sesuatu perkara, yakni jika isteri keluar rumah makan jatuh talak satu, namun begitu, niat suami juga diambil kira dalam penentuan lafaz taklik ini. Oleh yang demikian, dalam menjawab pertanyaan tuan, sekiranya isteri keluar dengan izin suami dan suami yang menemaninya, maka perbuatan itu tidaklah menyebabkan talak jatuh, dan begitu jugalah sebaliknya.

Walaubagaimanapun, memandangkan pihak yang berautoriti atau berbidangkuasa di dalam menentukan sesuatu penceraian itu berlaku atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah, maka disyorkan agar perkara ini dirujuk kepada Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi melaporkan dan membuat pengesahan terhadap perkara tersebut dalam kadar yang segera sebagaimana yang dijelaskan di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS) 2003 di bawah Seksyen 57, memandangkan urusan pengesahan perceraian adalah merupakan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 12

message user image