BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Asalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan hukum talak. Telah berlaku sedikit pergaduhan antara suami dan isteri sehingga si suami menyebut perkataan " jomlah kita cerai selalu (dalam dialek kelantan). Adakah dikira talak tersebut telah jatuh? Dan si suami menjelaskan maksud perkataan 'selalu' dalam dialek kelatan bukan bermaksud serta merta tetapi merujuk kepada harini. Dan si suami tersebut menyatakan bahawa sebenarnya didalam hati tidak berniat untuk bercerai. Adakah kata-kata diatas sama maksud 'aku ceraikan kau' ? Mohon penjelasan sebab si isteri dalam delima.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz suami “jomlah kita cerai selalu” merupakan ayat mengajak, dan bukannya lafaz talak. Oleh itu, talak belum jatuh. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 87

message user image