BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,ustaz

Saya ingin bertanya,boleh tak saya sebagai isteri menuntut cerai terhadap suami saya?Ini kerana sepanjang perkqhwinan kami,suami tidak berkerja.Dan tanggungan rumah dan anak-anak sepenuhnya ke atas saya.Ini menyebabkan tekanan emosi kepada saya.Suami pernah mencari kerja tapi apa yang saya nampak di mata saya,tidak ada satu pun usaha dia unyuk mencari rezeki buat isteri dan anak.Filosofi dia kalau ada,adalah.Bagi saya kalau nak duit tu ada kena usaha la kan.Tapi dia tidak pernah marah saya,sepanjang hari dia jaga anak dan kemas rumah.

Boleh ustaz bagi pencerahan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Dalam kehidupan berumah tangga, perceraian merupakan perkara yang dibolehkan sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan oleh syarak. Isteri berhak menuntut perceraian apabila suami tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya, samada dengan cara fasakh atau taklik atau mana-mana yang munasabah pada syara.

Selain itu, Ibn Qudamah juga menjelaskan berkenaan situasi suami yang tidak berkemampuan atau tidak berkeupayaan untuk memberikan nafkah kepada isteri maka dalam isu ini, isteri mempunyai pilihan sama ada bersabar dan meneruskan pernikahan atau menuntut perceraian. Sekiranya isteri membuat tuntutan perceraian maka hakim mempunyai hak untuk memutuskan pernikahan mereka. Apapun keputusannya akan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah jika isteri tidak pasti samada kekal atau berpisah.

والله أعلم بالصواب

Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 6

message user image