Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum...saya pernah bersalin tetapi anak meninggal semasa melahirkan dan semasa berpantang berlaku pertengkaran diantara saya dan suami dan saya memaksa suami saya menyebut seperti ini "kalau suami suruh saya kerja kita bercerai" suami turut melafaz kan sedemikian . setelah itu suami ada menyebut kembali tentang menyuruh saya kerja semasa bergaduh dengannya adakah jatuh talak taklik itu?
2) saya juga pernah menyuruh suami menyebut "kalau dia menolong perempuan lain" kita bercerai dan dia turut melafazkan itu adakah jatuh talak taklik jika suami menolong perempuan lain?
mintak penjelasannya..terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, bagi kedua-dua situasi yang dikemukakan, sebaiknya perkara ini hendaklah dibawa terus ke pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk membuat pengesahan melalui Hakim Syarie. Hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang berkuasa membuat keputusan tersebut.
Oleh kerana telah berlaku 2 kali lafaz taklik, sepatutnya apa-apa perkara yang berkaitan dengan taklik atau talak terus diselesaikan melalui Mahkamah Syariah. Jika bertangguh, tidak diketahui status perkahwinan puan. Jika Mahkamah memutuskan telah berlaku talak, puan perlu menjalani tempoh iddah dan hukum hakam berkaitan iddah.
Sekian, terima kasih.