Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz,
Saya seperti nama di atas, Disuruh menjaga Bapa mertua saya yg sakit, yang tidak berapa Sihat oleh makcik pada bekas suami saya.Walhal saya sudah berbelas tahun bercerai dengan anak lelaki beliau.Bapa mertua saya seorang yang baik, cuma waktu saya, keadaan rumah, menyebabkan saya menolak untuk menjaga beliau.Persoalannya, Berdosa ke Saya tidak menjaga beliau?..Adakah Tanggungjawab saya?.. Terima kasih Ustaz .Saya stress diganggu berkali kali dengan Phone dan mesej,meminta saya menjaga bapa mertua saya.Mohon pencerahan Ustaz
Jawapan
Tanggungjawab menjaga dan menafkahi bapa tersebut adalah pada anak-anaknya dan bukan pula tanggungjawab bekas menantu. Oleh itu, tidak menjadi kewajipan puan untuk menjaga bapa mertua puan.
Sekian, terima kasih.