BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya berkata begini kepada isteri ketika bergaduh "Berhenti je kerja tu. I taknak you pergi kerja rabu dan khamis. Jangan sampai i cakap benda tu. Keluarlah dari bilik, i nak solat asar". Benda tu merujuk kepada lafaz cerai. Kemudian pada hari khamis isteri pergi kerja seperti biasa dengan kebenaran saya. Adakah ayat "jangan sampai i cakap benda tu" dikira sebagai lafaz kinayah? Jika saya fikirkan kembali kejadian, saya tidak pasti apakah niat saya ketika itu sama ada ingin cerai atau hanya ingin mengugut isteri untuk tidak mengutamakan kerja / berhenti kerja.

Terima kasih. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, lafaz yang diungkapkan ialah lafaz khabari (perkhabaran) berkenaan pandangan suami kepada pekerjaan dan masa isteri bekerja. Berbincanglah dengan baik bersama pasangan tanpa mengungkapkan perkataan yang tidak diingini berlaku.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 13

message user image