BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Apakah hukum membuat part-time dengan mencari rezeki dengan memakai maskot sambil mengantungkan tabung dengan tulisan seikhlas hati? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya asal sesuatu pekerjaan adalah harus kecuali jika ada dalil yang melarangnya. Isu ini jelas dinyatakan melalui kaedah fiqh : Asal segala sesuatu adalah harus, sehingga adanya dalil yang mengharamkannya.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda dengan maksudnya:

الْحَلاَلُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَ ذَلِكَ أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَدْرِي كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ أَمِنَ الْحَلاَلِ هِيَ أَمْ مِنَ الْحَرَامِ فَمَنْ تَرَكَهَا اسْتِبْرَاءً لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Diantara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. (Riwayat Tirmizi)

Keharusan sesuatu pekerjaan itu boleh dilnilai melalui beberapa perkara: 

  • Cara dan sumbernya halal

  • Tidak merendahkan martabat diri atau orang lain

  • Tidak menipu atau memaksa

  • Tidak menyerupai perbuatan yang haram atau maksiat

Untuk itu, bagi persoalan ini hukum mengenakan kostum maskot dan berdiri di tempat umum sambil membawa tabung bertuliskan “seikhlas hati” bukanlah suatu perbuatan yang haram selama niatnya adalah mencari rezeki secara sah dan tidak melanggar aturan syariat atau undang-undang yang berkuatkuasa.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 7

message user image